21 May 2013

Itu Ini;Kenapa Aku Nak Sangat Pergi Jordan??

-In The Name Of Allah,The Most Beneficient,The Most Merciful-

Semalam (21/5/13) bumi menjadi saksi banyak hati-hati yang sedang menangis walaupun muka nampak bengis...Result MARA dah keluar la katakan,ada yang dapat tu seronoklah..Yang dapat apa yang dia tak minta pun ada juga...Yang tak dapat tu la menangis walaupun tak keluar airmata tapi banjir kilat dalam jiwa..

Baik,oleh kerana aku memang tak dapat interview MARA,maka tak ada keperluan nak cerita pasal MARA.. Tapi aku juga bercita-cita untuk terbang tinggi membelah awan meninggalkan tanah Melayu yang indah permai ini...Aku buat permohonan ke Jordan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau nama manjanya JAIK...Alhamdulillah diterima walaupun bukanlah panggilan pertama,kemudian dapat pulak interview bantuan pinjaman pelajaran daripada Yayasan Islam Negeri Kedah untuk permohonan belajar di Jordan...

Kenapa aku sanggup cari jalan juga untuk ke Jordan,padahal patutnya dah putus asa sebab tak dapat bantuan pinjaman MARA tu...Nak cerita susahnya,mula-mula sekali kena bayar RM 350 untuk terjemahan sijil dan deposit wang untuk pendaftaran..Kemudian kena buat pasport dan medical checkup yang jumlahnya minimum RM200...

Tak campur duit minyak lagi,minyak mahal sekarang ni..Permohonan memang diterima sebab kuota untuk negeri Kedah dah tetapkan dan aku termasuk dalam kuota tu..Jadi kena sediakan duit tiket flight dalam RM2000++...Seterusnya duit untuk permulaan belanja di sana lebih kurang RM3000++ perlu dibawa...Nampak tak susahnya??Kalau MARA dia akan tanggung semua bahkan bagi duit untuk belanja sendiri dalam RM5000++ sebagai permulaan sebelum berlepas agaknya..

My face when big boss and big mama don't give permission to pursue my study  at Jordan~
Nampak tak keberuntungan budak-budak MARA atau JPA??Sebab itu mereka yang dapat interview begitu mengharap..Bila tak dapat meroyan (sesetengah sajaa) haha..Sabarlah...Itu bukan rezeki untuk kita.. Mereka yang dapat MARA dan JPA tu boleh bajet hot hari ini,mungkin masa untuk kita bajet hot hari lain.. Gembira mereka hari ini,kita berduka,kita gembira hari lain nanti,mungkin mereka pula ada masa duka..acewah!

Apabila sebut oversea,perkara yang perlu difikirkan untuk pertama kali adalah kenapa kita nak sambung study di luar negara??Bukankah Malaysia adalah negara yang aman damai sentosa tanpa sengketa..Ceh..
Malaysia lagi selesa,dekat dengan rumah,faham bahasa penduduknya,tahu ragam masyarakatnya, murah perbelanjaan harian dan yuran universitinya..Kenapa masih pilih nak sambung study luar negara??

Terfikir juga apa pasal nak sangat pergi oversea atau kalau aku,nak sangat pergi Jordan..Adakah kerana nak main salji??Atau semata-mata for the sake of fame??atau bahasa ibundanya kerana nak masyhur,disebut-sebut nama oleh orang kampung..Atau balik boleh berlagak dan bajet hot??Atau nak upload gambar di Instagram dengan unta atau tengah buat ais kacang dengan salji?? Kalau begitu,mari tajdid niat!

Aku,kalau terpilih untuk ke Jordan,dan kalau mendapat keizinan dan restu daripada ibu ayah (masalah paling besar ni),maka ini adalah alasan kenapa saya terlalu keinginan keteramatan hendak ke Jordan :

-Aku akan dapat peluang menguasai Bahasa Arab dengan baik di sana,kerana penggunaan bahasa Arab oleh penduduk Jordan agak bagus berbanding Mesir yang bahasa 'ammi(pasar) yang agak kureng dan terlalu ramai pelajar Melayu (sampai boleh buat kampung Melayu katanya) di sana,jadi bila nak cakap Arab??

*Tapi jangan marah pulak siapa nak pergi Mesir tu..hehe Mesir bagus juga.adaUniversiti Al-Azhar As-Syariif dan tempat pengajian yang ulung dan lama,senang kata legend la...jadi tak ada masalah,pergi saja...tapi aku tak prefer Mesir untuk degree~

-Aku dapat peluang untuk bertalaqqi dengan syeikh-syeikh besar di sana dalam bahasa Arab,mendengar khutbah dalam bahasa Arab disamping mengikuti kuliah universiti di mana menghimpunkan pensyarah-pensyarah daripada Jordan,Syria,Yaman,Dimashq,Mesir dan bertaraf PhD.Jadi ilmu yang dapat digarap pastinya mantop dan belajar cara pemikiran yang pelbagai..berbanding khutbah di Malaysia yang kebanyakannya kaku dan tak ada isi menyebabkan jemaah mengantuk saja~huhu

*Dan aku prefer untuk mengaji pondok lebih daripada Universiti kalau bidang agama...Makna kata belajar agama secara tak formal daripada memilih untuk berdegree dalam bidang agama di Malaysia..Bukan maksud aku merendahkan taraf Uni.di Malaysia tetapi ini cara aku~

bandar Amman,Jordan..
-Aku boleh melihat suasana kehidupan masyarakat Arab yang pastinya berbeda di Malaysia.. Belajar situasi dan menghadapi kerenah masyarakat yang sesetengahnya kasar dan bukan bersopan santun seperti rakyat Malaysia..Orang Arab juga suka memandang rendah kepada pelajar-pelajar Asia tambahan di negara maju seperti Jordan..ini cerita senior ok,aku tak pergi Jordan lagi..

-Aku boleh belajar berdikari dan mematangkan hidup dengan pengalaman menguruskan diri di sana... Perabot di rumah sewa perlu dibeli setibanya di sana,masak sendiri...Kalau nak pergi kelas pandailah  cari coaster(bas mini)...Cuti semester pula boleh pergi bertalaqqi di Yaman,Mesir ataupun sekitar Jordan..

Haa kan untung daripada duduk Malaysia cuti semester nganga kat rumah saja...Tapi banyak je pondok turath untuk ditadah ilmu agama daripada tok-tok guru...Cuma peluang bertalaqqi dalam bahasa Arab dengan syeikh-syeikh besar susah nak dapat(memang tak dapat pun) di Malaysia la..

-Peluang kerja??InsyaAllah orang yang belajar agama banyak jalan untuk dapat kerja..Aku prefer Syari'ah pengkhususan Fiqh Wal Usul untuk belajar di Jordan dan untuk kerja,aku boleh apply untuk jadi editor Syari'ah syarikat-syarikat buku besar ,ataupun jadi selebriti tv (haha!) atau boleh apply kerja bank sebagai syari'ah Advisor..

Kalau score pointer tinggi mungkin akan ditaja oleh syarikat-syarikat besar antarabangsa untuk bekerja, contohnya Ustaz Hasrizal Abd.Jamil yang ditaja Abu Dhabi Foundation untuk jadi Minister of Religion di Ireland...Boleh juga sambung master (yang aku prefer di Mesir) dalam pengkhususan Fiqh Mu'amalat untuk kerja di bank,atau Qanun Syari'ah untuk kerja dalam bidang undang-undang dan banyak lagilah..

Itu sedikit sebanyak kenapa aku teringin sangat nak ke Jordan..Tapi harapan itu hancur setelah tak dapat keizinan daripada  Big Boss dan Big Mama...Hati menangis jugak walaupun muka bengis..hehe apa boleh buat, tak ada rezeki sekarang,mungkin lain kali..Tak ada peluang hari ini,mungkin lain hari...

Sahabat-sahabat yang tak ada peluang fly ke oversea juga,jangan sedih jangan kecewa... Biarlah mereka yang dapat rezeki itu bajet hot untuk sementara...haha di oversea tak semestinya terbaik..MARA kena bayar balik,tak score pointer kena tarik bantuan pinjaman...JPA ada kontrak kerja dengan kerajaan...Yayasan dan zakat pun sama,tak score kena tarik balik...Risiko untuk mereka tetap ada..

teringin nak buat bungee jumping macam lembu ni~
Pergi ke oversea bukan kerana kemasyhuran,bukan kerana nak bajet hot dengan orang kampung.. Balik bawa manfaat pada ummat..US,UK,Jordan,Mesir atau mana saja,amanah yang kamu tanggung kalau pergi dengan biasiswa bukan senang..Duit itu duit rakyat yang dibelanjakan untuk belajar,kalau guna untuk berjoli tunggu saja balasan tiada keberkatan dalam perjalanan study kamu di oversea..

Yang study di Malaysia, bukan bermaksud kita tak mampu jadi lebih baik daripada mereka..Bahkan peluang kita untuk menonjol lebih baik daripada mereka terbuka luas daripada mereka..Mungkin kita tidak boleh main salji,naik unta,buat istana pasir di gurun sahara,tangkap gambar tengah bungee jumping di New Zealand,atau pacak bendera Malaysia atas menara Pisa...Tetapi yakinlah dengan sabar dan redho, lipat gandakan kerjabuat dan usaha agar perjalanan kita untuk menyumbang kepada ummat tidak jadi sia-sia..

Study di oversea bukan bermakna kamu terbaik,dan tidak membuktikan kamu itu umpama helang yang gagah perkasa..Apa guna jadi helang kalau sombong tak mahu membimbing pipit-pipit yang baru belajar terbang..Study di Malaysia bukan bermakna hina...Mungkin kita belum cukup bersedia untuk menghadapi cabaran hidup di luar negara,maka kita perlukan latihan untuk belajar hidup sebagai remaja dan mahasiswa di Malaysia..

Banyak sumbangan kita boleh lakukan,melawat guru-guru sekolah dahulu,buat kerja amal,sertai program kepimpinan,latih karisma dan kredibiliti diri dengan kerja kumpulan dan paling penting,faham apa tujuan kita belajar...Bukan sekadar segulung ijazah atau sekeping gambar pakai jubah graduasi untuk diframe dan digantung di ruang tamu,tetapi menuju matlamat yang mesti ada dalam diri kita,memberi manfaat untuk umat manusia...

Belajar kalau tak ada matlamat,tak ada minat,yang dicari hanya populariti atau sensasi,maka buang duit dan buang masa saja terbang tinggi ke oversea...sama di Malaysia,belajar kerana putus asa,lemah semangat atau menyesal sebab tak dapat pergi oversea,maka tidak akan ada kemajuan dalam diri kita untuk berjaya..Kita memang lemah untuk memahami susunan perjalanan hidup yang diatur Tuhan,tetapi sampai bila hendak patah hati dan menganggap kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding Tuhan kita??

Tunggu sahaja waktu kemenangan,ia pasti akan tiba..Orang beriman itu pasti tetap yakin dengan harapan dan usaha yang disandarkan kepada Tuhan...Adakah kita golongan yang beriman??

"Dan ada lagi karunia yang lain yang kamu sukai,(yaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya)..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman" [As-Saff:13]

-wallahu'alam-


No comments:

Post a Comment