26 May 2013

Kehidupan;Siapa Lebih Sempurna?

-InTheNameOfAllahtheMostBeneficienttheMostMerciful-


"Eh kau nak ambik course Law??Lawyer dah la banyak makan rasuah??"

"So aku akan jadi Lawyer yang tak makan rasuah"

"Err"

Dialog ringkas yang terkarang di dalam hati setelah mendengar komen rakan yang bertanya tentang perjalanan masa depan selepas ini..Tapi tak mampu diluahkan memandangkan tak mahu memanjangkan pergaduhan.. Jadi aku lakarkan tulisan ini agar ia boleh berkata-kata kepada manusia-manusia tipikal di dunia ..

Ambil Medic dan engineer sahaja terjamin kerja..atau pergi oversea sahaja terjamin akademik..Law?? Mesti susah dapat kerja..Sudahlah rasuah banyak..Sebelah kaki dah bertapak di neraka...Agama??Untuk orang-orang yang sudah tak punya pilihan saja...Duit banyak,pergi Mesir...Kalau minta tajaan??Jarang orang minta jurusan agama...Keluar nanti jadilah ustaz-ustazah yang berceramah di surau-surau...berdakwah di kampung-kampung...

Sungguh,persepsi itu persepsi tipikal..

Sungguh,pemikiran itu pemikiran jumud...

Sungguh,fikrah itu fikrah sempit...

Kenapa tidak dibicara hal membina iman dan taqwa sebelum memilih jurusan..Kerana tanpa iman dan taqwa, seorang doktor bisa saja memilih untuk melakukan pembedahan plastik atas dasar gaji bagi yang pakar dalam bidang itu paling banyak berbanding yang lain..Tanpa rasa hidup berTuhan seorang engineer boleh saja menggunakan bahan-bahan murah dalam projeknya tetapi mengecas dengan kos yang tinggi... lebihan duit??Masuk dalam poketlah..

Hensem tak??Dr.Lecter ialah doktor kanibal dalam CSI Hannibal..kegemarannya masak paru-paru~
Lawyer sudah pasti mengambil rasuah membela yang salah apabila tidak ada rasa khauf (takut) sebagai fitrah hamba...Cikgu sudah pasti mengajar secara sambalewa malah memesongkan anak didiknya daripada mengenali Tuhan apabila tidak mendidik dirinya dahulu dengan agama...Orang agama,ustaz ustazah lulusan PhD.Al-Azhar sekalipun masih mampu mendapat taraf ulama' suu' (ulama' jahat) apabila menyelewengkan manusia daripada Allah dengan ilmu-ilmu agamanya...

Tidak membezakan manusia itu dengan jurusan apa yang diambil untuk masa depannya.. Andai tidak ada iman di dalam hati,nescaya sifat amanah itu terhakis daripada diri seorang doktor,engineer, lawyer,cikgu, kaunselor,ustaz,ustazah atau apa sahaja...Andai ada taqwa di dalam jiwa,tukang sapu sampah pun mampu menjadi lebih mulia daripada artis yang sudi merelakan diri bergelumang dengan maksiat dan dosa...

Lagipula,adakah doktor hendak berkahwin tidak memerlukan qadhi?? Adakah engineer yang bergaduh dengan isterinya kerana sering bekerja lewat,apabila dituntut cerai tidak memerlukan lawyer?? Adakah Perdana Menteri sudi meluangkan masa mengajar anak-anaknya subjek akademik dan tidak memerlukan cikgu??Lihat perbezaan ini menjadikan kita mempunyai kekurangan dan kelebihan sendiri..Dan itu menjadikan masing-masing melengkapkan yang lain sehingga menjadi sempurna..

Jangan kerana hanya jurusan itu dipandang tinggi,menghalalkan diri kita untuk bongkak dan berlagak dengan orang lain..Bahkan siapa mampu jamin diri boleh bertahan dengan ke'tough'an study semasa di universiti.. Ramai sahaja yang aku dengar berhenti di tengah jalan sebab mengalah dengan cabaran jurusan-jurusan kritikal ini..

Pilih ikut kemampuan,bukan ikut cakap orang..Jadilah doktor,engineer,lawyer,cikgu,ustaz,ustazah,kaunselor, arkitek,mekanik dan apa sahaja,tetapi biar beragama..Tanpa agama,pangkat yang ada pada pangkal nama, Dr.,Ir,YB,YAB,DYMM,Profesor itu hanya hiasan yang mendebukan amalan hidup sahaja....

Pilihlah jalan yang boleh menjadikan kamu penakluk dunia,penakluk hati-hati manusia..Dan yang membawa kamu ke jalan menuju syurga..Moga terus kuat untuk menjadi doktor yang ikhlas dan amanah,engineer yang cekap dan bertaqwa,lawyer yang jujur dan adil,cikgu yang mulia dan berwibawa,ustaz yang kuat usaha dan tidak mudah putus asa,atau apa-apa sahaja yang mampu menjadikan kamu 'somebody',asal masih ada rasa diri ini hamba..Hamba Allah..

Morsi,antara ketua negara yang menghafaz 30 juz Al-Quran..Kita ada??
Terpenting,biar mimpi kita untuk menjadi 'somebody' suatu hari nanti,disempurnakan dengan taqwa dan agama di dalam diri...Maka baharu kita mampu merealitikan cita-cita itu untuk dunia dan akhirat kita..Apalagi yang kita mampu lakukan melainkan menjadi kerjaya sebagai ladang tanaman amal ibadah untuk tuaian di akhirat nanti...


"Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia 
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia 
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu 
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu 

Maafkan mereka, mereka tidak tahu 
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti 
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati"


-Wallahu'alam-





No comments:

Post a Comment