28 June 2013

Tarbawi;Murtad Dari Jalan Tarbiah

-IntheNameOfAllahtheMostGracioustheMostMerciful-

Dulu,dia keras menentang sebarang bentuk perjumpaan tanpa sebab individu berlainan jantina di sekolahnya..Tanpa mengendahkan apa jua alasan dan sebab mereka berbuat sedemikian,dia tetap menegaskan larangan sebarang perbuatan yang melibatkan dua jantina kerana dianggap itu ikhtilat..Ikhtilat adalah pergaulan tanpa batas yang mengundang fitnah antara lelaki dan wanita..

Dia menyertai satu kelab,yang sering mengundang kontroversi kerana kehidupan ahli kelab itu yang bertentangan dengan adat dan uruf' yang dipraktikkan di sekolahnya...Bi'ah yang menekankan pentingnya menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita...Seboleh-bolehnya mahu dielakkan langsung pertembungan atau sebarang pertemuan di antara dua jantina itu...Jika ada sesiapa yang ternampak kumpulan lelaki dan wanita yang sedang melakukan perbincangan,pasti akan timbul bisikan dan usikan nakal...bahkan lebih teruk mencetuskan jemputan nasihat percuma daripada 'alim ulama' sebatch dengannya...pasti nasihat tentang ikhtilat yang disajikan...

Kelab itu,berlawan arus dengan uruf dan adat di sekolahnya...Dia tidak mampu bertahan dengan keletah dan kelaku rakan-rakan yang sama kelab dengannya...Mereka berbincang bersama,ketawa bersama malah kadang-kadang bersembang tentang daily life masing-masing bersama...Ini bukan cara dia...Dia cuba menasihatkan kepada rakan-rakannya itu supaya sedaya mengurangkan pergaulan lelaki dan perempuan, yang dilihatnya terlalu berlebihan..Tambahan lagi,dia sering ditujah dengan persoalan oleh orang luar daripada kelab itu tentang sikap rakan-rakan sekelab yang dilihat terlalu over dan ekstrem dalam bergaul antara lelaki dan wanita...

Ahhh dia hampir sahaja bergaduh hanya karena berselisih pendapat dengan rakan-rakan kelab itu..Namun padanya dia merasakan biasa sahaja,group discussion,takkanlah semua nak kena tunduk pandang meja suara rendah muka ketat serius saja masa berbincang..Sedang nak beli nasi lemak di kantin pun sempat mengayat makcik jaga kaunter ketika nak bayar harga,inikan sebuah perbincangan yang agak rumit dalam merungkai isu dan mencari fakta serta mengukuhkan hujah,kalau dijalankan secara serius seperti mesyuarat PIBG,alamat hilanglah mood berbincang..

Dia dilemma,entah apa yang perlu dibuat..Pasti kalau dia mengikut kerenah rakan-rakan sekelab itu, dia akan dipandang serong oleh rakan-rakan yang lain,yang sudah tentu menguasai majoriti dalam membentuk persepsi 'siapa dia' di mata ahli batch yang lain...Dia tidak mahu dituduh terlalu sosial, cuma bergaul dengan puak mereka,ikhtilat melampau,tak tahu control gedik depan perempuan,yang mana sering sahaja rakan-rakan sekelabnya itu dilempar dengan jenama itu...

Kononnya dia mahu menjadi satu-satunya ahli kelab itu yang bagus,tsiqah, hebat dalam tarbiyah,perform dalam usrah,cemerlang dalam peranan sebagai ahli kelab itu...Ya dia mahu dilabel sebegitu...Lantas dia mengambil keputusan memencilkan diri daripada kelompok rakan-rakan sekelab itu..Dia lari daripada mereka..Bila berjumpa,pedas dia melontarkan ayat-ayat jenama kutukan biasa kepada rakan-rakannya tanpa menyedari dia sebahagian daripada mereka..Dia merasakan dirinya lebih baik dalam tarbiyah berbanding mereka,apatah lagi sekarang dia juga meletakkan dirinya terbaik dalam peranannya dalam kelab itu..

Tetapi dia terasa tersisih,atau sebenarnya dia menyisih....Rakan-rakan sekelabnya tika mengajak dia untuk latihan bagi menyiapkan diri menghadapi pertandingan,dia merasakan mereka ini saja ingin melemparkannya di dalam jurang kebinasaan..Ok agak over...Dia merasakan mereka ini ingin mengajak dia bergelak tawa dengan ahli kelab perempuan,membuka ruang fitnah untuk dia dan paling dikhuatiri, mereka ini ingin meletakkan dia sama jenama dengan mereka..Dia menolak..Dia tidak mahu dicop seperti mereka..

Akhirnya yang tinggal padanya kini hanyalah skill yang berkarat bersama kelebihan yang mereput... Dia seakan-akan terpana dengan kemampuan rakan-rakannya untuk menonjol lebih bagus..Entah apa yang dia mahu luahkan untuk dirinya sekarang ini,hanya cemburu dan dengki melihat rakan-rakannya terlalu hebat berbanding dirinya yang sering sahaja perasan dan syiok sendiri...Dia menjadi lebih marah... Walaupun cuba diajak secara diplomasi oleh rakan-rakan sekelabnya namun dia tetap ego menolak..Dia memencil dan akhirnya mengisytihar bahawasanya dia tidak ada kena mengena lagi dengan kelab itu sekarang walaupun masih dianggap sebegitu oleh rakan-rakan sebatch yang lain..

Sekarang kakinya menapak di bumi yang lain...Dia sudah menjadi seorang daripada keluaran bumi lamanya dahulu..Dia menyusun matlamat dan halatuju walaupun seringkali diuji Tuhan dengan pelbagai tribulasi... Dia datang dengan separuh hatinya lumpuh untuk membawa harapan kerana bumi itu bukan pilihannya.. Dia ingin meletak kasutnya di tanah yang lain,bukan disitu..Namun apa daya,itu yang Tuhan tetapkan untuk dia.. Dia cuba menerima..


Bumi bukan pilihannya itu,berlainan dengan tempat dia dididik dahulu..Tempat dahulu itu penuh dengan mutiara...Bi'ahnya terpelihara,tarbiahnya terjaga...Daripada penguasaan ilmu-ilmu asas agama, kepada ilmu-ilmu sampingan dunia,dia dibekalkan dengan perkara-perkara itu..Ironinya bumi baharu sekarang ini dia melihat pusingan 180 darjah kali dua..Hampir segala-galanya berbeda,cuma sedikit yang sama..Itupun dia rasa bersyukur dengan informasi bahawa bumi baharu itu adalah bumi yang agak terjaga pembangunan syakhsiyyah dan agamanya...

Dia duji sekali lagi,dengan serangan ikhtilat yang paling dia anti dahulu..Dia teramat janggal untuk bergurau dengan perempuan walaupun memang ada dia pernah lakukan sebelum menjejak di bumi itu.. Namun bagi perempuan yang menyudikan diri untuk memulakan dialog disulami dengan usikan dan kemesraan, dia pelik...Hampir sahaja setiap kali bersembang dengan perempuan-perempuan itu, dia merasakan gementar dan bersalah pada dirinya...

Ya..Dirinya yang sangat anti pada benda-benda itu dahulu...

Dia merasa yang dia sudah murtad tarbiah...

Duduk satu meja dengan perempuan yang ramai,walaupun sebelah lelaki,tetapi perbincangan yang diadakan hangat bagai reunion kawan yang sudah lama tak berjumpa..Sambil-sambil menggoogle fakta, dia terkadang ditanya kisah kehidupan sehariannya..Selalu juga dikorek rahsia kehidupan di bumi lamanya..Ada juga yang meminta pendapat dan ada juga yang cuba berlawan kata dengan dia...Dia tidak mampu mengukir tawa ketika ahli kumpulannya ketawa bersama kerana di lubuk hatinya terasa berat sangat dengan ujian murtad tarbiah ini..

Suatu hari,dia duduk di koridor menghadap langit...Cuba membaca hikmah tersirat melalui tulisan angin kering berhabuk yang bertiup di atas lapisan jerebu...Dia merenung sedalam-dalam...Memahami dirinya sendiri yang sering dinafikan keputusan demi persepsi orang..Dia menyelam ke dasar hatinya yang sering berbisik namun tidak diendahkan...Dia berlagak bertenang melalui riak wajah kosong yang terbentuk di mukanya...Dia melakar satu monolong di dalam jiwanya...

"Wahai hati,dahulu kau sering ditipu oleh persepsi orang ramai,engkau menafikan apa yang boleh memuaskan dirimu sendiri....Engkau dulu cuma inginkan pujian,tapi tak tahan dengan ujian... Engkau menuduh hati-hati lain rosak teruk dan busuk dengan masalah kecil dan remeh,padahal kau sendiri punya sama rasa dengan mereka...Engkau sengaja inginkan masyhur,engkau tinggal hati-hati yang ingin mengajak engkau bersatu atas dasar minat yang sama...Engkau itu dahulu wahai hati"

Dia menelan air liur...Pedih terasa di saluran esofagusnya...

Dia bermuhasabah,rupa-rupanya selama ini dia hanya menghukum,dia bukan menilai.. Hukum adalah cara kedua dalam tarbiyah,sedang menilai itu cara utama...Dia belajar bahawa keadaan dia di bumi sekarang adalah bukan kerana perempuan-perempuan itu mahukan ikhtilat bersama dia..Namun cuma sikap mudah mesra dan tidak sombong oleh mereka..Maka dia diajak bersembang...Mereka semua dan dia sendiri tidak minat dengan suasana serius,maka santai menjadi pilihan ketika berbincang..Sekurang-kurangnya dirinya terjaga daripada diajak dating atau couple oleh perempuan-perempuan itu..Bukankah itu tanda mereka menghormati dia yang ada tarbiyah??

Nasib mereka tidak sama dengan dia..Dia ditentukan termasuk di dalam kelompok yang menyediakan penarafan ilmu dan komponen tarbiyah yang lebih advance berbanding mereka yang lain.... Dia seharusnya rasa beruntung kerana tidak rebah dengan culture shock yang sering melanda pejuang tarbiyah.. Dia sepatutnya rasa bangga diterima bukan dicop dengan persepsi buruk yang tipikal terhadap ustaz-ustaz keluaran bumi tarbiah...

Dia mempasakkan tekad..

Sudahlah dengan kesilapan dan kerugian yang dia alami di bumi dahulu..Hanyasanya dijalankan tindakan itu atas dasar ikut naluri,ikut cakap orang,ikut pandangan orang...Bukan untuk kepuasan dan kelegaan hatinya sendiri...Maka dia berpesan,wahai hati,andai engkau mahu melakukan sesuatu selepas ini, pastikan engkau buat kerana engkau ingin puas sendiri,bukan kerana puji..Kerana apabila sebabnya puji,engkau akan rebah bila diuji,tetapi apabila sebab kepuasanmu wahai hati,engkau tetap terus berdiri walau diuji...


Tetapi jangan lupa wahai hati,jagalah dirimu agar engkau tidak murtad daripada jalan tarbiyah... Engkau tidak menjadikan alasan malas dan ingin membalas dendam atas tidak punya peluang semasa di bumi lama dahulu,lalu engkau melanggar batas-batas yang engkau sendiri tahu..Dan wahai  hati, selepas ini nilailah orang lain dengan matamu,jangan melalui saluran mata di wajah itu yang terdapat blind spot,kerana ditakuti  engkau akan buta sekali lagi dalam meletakkan nilaianmu,seperti dahulu...

"Moga-moga selepas ini diri tetap teguh melangkah,kali ini dengan tarbiah,dan dengan hati yang mampu membedakan keburukan dan kebaikan orang lain dengan tepat..Bukan atas dasar cakap-cakap orang atau kerana menganggap diri sendiri sudah terbaik,dan menghukum orang lain jahat...Tarbiyah kali ini bukan lagi tarbiyah bumi lama,kerana tidak semua yang di sekelilingmu sama tempat dengan engkau dahulu.. Engkau perlu bijak dalam aplikasi untuk diri dan orang disekelilingmu,agar engkau bukanlah di kalangan mereka yang perasan warak,alim la sangat atau syiok sendiri"

Dia berdoa,kemudian melepaskan nafas lemah sambil terbatuk kecil...

"Murtad dari jalan tarbiah??Tidak..Engkau cuma diuji kecil oleh Tuhan...Supaya engkau sedar dirimu bukanlah pada tahap terbaik lagi..Engkau masih memerlukan manusia lain untuk melengkapkan tarbiyahmu.. Engkau masih perlu memahami situasi-situasi ikhtilat sebenar..Engkau masih perlu belajar menangani realiti hidup yang tak semua yang berada dikelilingmu sekarang dan nanti adalah dari kalangan mereka yang ada tarbiah,ustaz-ustazah,'alim ulama'...Jangan biar mereka rosak,jangan biar engkau rosak.. Engkau sebenarnya ditunjuk jalan oleh Tuhan supaya menunjuk jalan kepada hambaNya yang lain" 

Bukan Tuhan ingin kejam denganmu,dia cuma ingin kau lebih kuat berbanding masa lalu, sedar akan kesilapanmu,lalu lakarlah harapan yang baru..

Harapan itu masih ada,kata engkau pada dirimu...

Ya...Jalan kita sekarang tidak sama...Ujian setiap kita berbeda..Tetapi kita punya matlamat yang sama, meraih surga dan redhoNya..Maka adakah kita mahu sahaja menjadi orang yang perasan diri sudah hebat tarbiah??Apa guna bermimpi ingin menjadi helang,andai ujian sebesar pipit pun tak tahan~

-Wallahu'alam-